1. Hati Mak
Munah bertambah _________ setelah diberitahu anaknya turut terlibat dalam
kemalangan itu.
A resah B takut C kelam D janggal
2. Batang-batang
pokok di kawasan itu __________ belaka kerana kekurangan baja.
A kerdil B renek C kecil
3. Orang ramai
telah menemui mayat yang sudah __________ di tepi jalan itu.
A reput B rapuh C lembut D gembur
4. Tangan Tong
Seng __________ kerana disengat oleh tebuan petang semalam.
A bongkok B bengkak C bengkok D besar
5. Encik Rafik
tidak gemar makan nasi berulamkan petai kerana baunya __________.
A hapak B hanyir C haring D hancing
6. Anis Fatihah
__________ ke bandar kecuali jika diajak oleh kawan karibnya, Fazira.
A jarang-jarang B selalu C kurang D suntuk
7. Pembinaan rumah kos rendah di
pinggir bandar itu semakin __________ dijalankan
setelah bahan-bahan binaan
dapat disediakan dengan segera oleh pihak kontraktor.
A baik B ligat C rancak D banyak
8. Walaupun
rambutnya sudah __________, namun semangatnya untuk belajar masih
kuat.
A botak B beruban C berkerut D berkedut
9. Walaupun
datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih __________.
A tegar B teguh C tegap D tegang
10. Amirul berasa __________ apabila melakonkan watak datuk semasa
pementasan
drama di kolejnya.
A kacau B kekok C angkuh D jijik
Latihan ini sesuai untuk murid sebagai latihan penilaian.Terima kasih kerana berkongsi maklumat
ReplyDelete